Sejarah Penubuhan Kelab Penyayang :
Penubuhan Kelab Penyayang merupakan inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di mana ia telah ditubuhkan di beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Sehingga kini, terdapat sebanyak 22 buah Kelab Penyayang di Universiti Awam dan Swasta. Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) ditubuhkan untuk mengumpul sumbangan, yuran dan sebagainya, serta menguruskannya bagi tujuan pendidikan, kebajikan masyarakat, penyelidikan, kesihatan, perubatan dan lain-lain tujuan kebajikan untuk kepentingan masyarakat Malaysia yang memerlukannya, tidak mengira bangsa, kaum dan agama.PENYAYANG berhasrat untuk memberi kegembiraan dan keriangan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Hasrat ini akan tercapai dengan adanya sokongan & bantuan daripada semua rakyat Malaysia yang prihatin. Lembaga Pemegang Amanah ingin merayu kepada anda/syarikat anda untuk turut bersama usaha PENYAYANG dengan menghulurkan bantuan serta memberikan sokongan padu untuk menjayakan cita-cita murninya. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. PENYAYANG juga berharap agar anda sudi menghulurkan sumbangan ikhlas dalam bentuk tunai atau apa jua bentuk bantuan untuk memudahkan pelaksanaan program-program seiring objektifnya.Sumbangan anda ini bukan sahaja membantu dari segi lahiriah, bahkan juga mencerminkan rasa prihatin, belas kasihan dan simpati anda bagi meringankan masalah rakyat Malaysia yang memerlukannya. Sukacita saya mempelawa anda semua menyertai usaha kami ke arah menjayakan projek-projek pembangunan komuniti. Semoga anda sekeluarga diberkati Allah. Tun Endon Mahmood Pengasas 23.9.2005 Objektif Penubuhan Kelab Penyayang adalah :
|
Senarai Kelab Penyayang di Universiti :
|